Printer Salah Warna


Ajoi baru beli printer dari sebuah IT Mall. Balik ke rumah dengan ghairahnya dia memasang printer tersebut dan sekali install jer Ajoi berjaya print beberapa keping gambar.

Tapi Ajoi pelik setiap kali ada warna kuning mesti tak jadi warna kuning. Yang keluar ialah warna cyan dan magenta jer. Telah cuba berpuluh kali, Ajoi mula geram dan dibeleknya resit pembeliannya tadi dan menelefon kedai tadi. Customer service yang bernama Sumardi sedang asyik melayan blog isu hangat semasa telefon kedainya berdering.

Sumardi: 'Hello!'

Ajoi: 'Halo.. halo apasal aku punya printer yang baru beli tadi takde warna kuning?'

Sumardi : 'Aiya bunyi cam pelik jer tu bro..?'

Ajoi: 'Kalau saya print warna biru jadi warna hijau..'

Sumardi: 'Ok cuba encik keluarkan balik catridge warna lepas tu masukkan balik..'

Ajoi: 'Ok..ok.. ha done!'

Sumardi: 'Cuba encik print lagi warna biru'

Ajoi: 'Ok…. ha dia kuar warna hijau lagi nih!'

Sumardi: 'Alamak, encik tak masuk ketat-ketat ker?'

Ajoi: 'Dah ketat la wwei…'

Sumardi: 'Hmm… ok-ok jangan marah encik, cuba encik uninstall balik software printer tadi lepas tu encik install semula, nanti encik call balik. Takut encik salah install tadi.'

Ajoi buat uninstall printer tadi dan reinstall balik tapi masalah tadi tetap berlaku, dia call customer service tadi..

Ajoi: 'Haloo! Tak boleh lagi lah!'

Sumardi mula pening dan minta bantuan kawan-kawan dia yang lain. Malangnya semua xde idea..

Sumardi: 'En Ajoi, nanti saya cuba tanya orang HQ atau search kat google jap , nanti saya telefon encik semula.'

Setelah dua jam, Sumardi dan kawan-kawan dia tadi masih tak menemui jawapannya dan membuat keputusan supaya Ajoi menukar printer baru. Tiba-tiba AJoi call balik customer service tadi…

Ajoi:'Halo saya nak tanya lagi nih, adakah lebih baik kalau saya guna A4 warna putih daripada kertas warna kuning yang saya gunakan sekarang…?'

Sumardi: Terharu…sampai menitik air mata.

Hahhahahahahahhaha

Suailah... Ruponyo budak bodoh tu pakai kertas warna kuneng... Hahhahahah



Comments
0 Comments

0 komentar:

Posting Komentar